Akaun addiniah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.



MANFAAT BUAT SI PENERIMA. RANTAIAN PAHALA YANG TIDAK TERPUTUS BUAT SI PEWAQAF WALAUPUN SUDAH TERBARING DI KUBURAN.




Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah sedang mengumpul sumbangan untuk projek Waqaf Mushaf Al- Quran.

Kami memerlukan 10, 000 unit Al- Quran untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan di madrasah-madrasah sebelah Pantai Timur dan Thailand.


Difirmankan oleh Allah dalam surah Al- Munafiqun ayat 10 : 
“ Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu lalu ia berkata: "Wahai Tuhanku, alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, SUPAYA AKU DAPAT BERSEDEKAH dan dapat pula aku menjadi orang-orang yang soleh”.


Mereka tidak meminta diberi masa untuk melakukan solat,puasa, ibadah haji dan lain- lain tetapi hanya sedekah.

Sesungguhnya amalan sedekah ada yang boleh berterusan pahalanya meskipun selepas berpindah ke alam kematian. Sedekah tersebut dinamakan sedekah jariah, kerana ‘jariah’ itu bermaksud mengalir. Termasuk dalam sedekah jariah adalah amalan berwaqaf.

SEDANGKAN hanya dengan mewaqafkan satu barang kecil sahaja yang selagi mana dimanfaatkan oleh orang lain sudah berterusan pahalanya, APATAH LAGI mewaqafkan mushaf Al-Quran sebagai kitab suci yang sangat mulia di sisi Allah.


Penerima mendapat manfaat pahala ketika membaca, mempelajari dan mengajarkannya, pewaqaf mendapat pahala yang berantai dan berterusan selama mana mushaf Al- Quran tersebut digunakan. Alangkah mulianya amalan ini dan besarnya ganjaran pahala.


Adakah kita masih mahu berfikir- fikir untuk mendapatkan ganjaran yang sebesar ini?

Adakah kita redha untuk menjadi golongan yang terlambat dan merayu pada Allah di saat kematian untuk bersedekah?

Berwaqaflah sebelum terlambat. Berwaqaflah sebagai bekalan kita di sana.


Menyahut seruan dan galakan Islam terhadap umatnya supaya berinfaq dan berwaqaf, Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah membuka peluang untuk rakyat Malaysia menyertai projek Waqaf Mushaf Al-Quran 2020.

Siapa yang akan menerima?






Kami, sebagai wakil sumbangan anda akan mengagihkan Waqaf Al-Quran tersebut kepada mereka yang layak.

Antara bakal penerima Waqaf Al-Quran ini ialah :
  • Sekolah Madrasah
  • Pondok-pondok Tahfiz
  • Surau dan Masjid
  • Sekolah-sekolah





SAYA INGIN BERWAQAF BAGAIMANA CARANYA?


Anda boleh pilih pakej di bawah :

Pakej A  = RM150

Waqaf Al-Quran (5 nama) Saiz A4

...

Pakej B = RM90

Waqaf Al-Quran (3 nama) Saiz A5

...

Pakej C = RM30

 Waqaf Al-Quran (1 nama)




Cara-cara Mendaftar :

  1. Anda boleh scroll ke BUTIRAN PENYUMBANG di bawah
  2. Untuk 1 nama pewakaf, boleh sumbangkan minimum Rm30 (saiz A5 RM90) / Rm30 (saiz A4 RM150).
  3. Pilih jumlah sumbangan yang anda hendak berwaqaf.
  4. isikan butiran nama, email, no HP.
  5. Pilih jenis pembayaran.




Pengagihan Waqaf Mushaf AL-Quran


Semoga Allah menjadikan kita dari kalangan mereka yang sentiasa bersemangat melakukan infaq dan mengeluarkan sedekah jariah serta menjadikan kita dari kalangan mereka yang cintakan kehidupan akhirat.


*Isikan nama-nama pewaqaf di kotak nama pewaqaf dibawah (untuk diletakkan di Al-Quran)

*Nama pewaqaf akan dilekatkan di bahagian belakang Al-Quran.

*WAJIB isi maklumat alamat jika anda inginkan Sijil (mengandungi nama pewakaf)